Tuesday, December 1, 2009

Inni Akhaaf-ullah


Yazid bin Maisarah RAH pernah berkata,
"Tangisan berlaku kerana tujuh sebab,
pertama; kerana gembira,
kedua; kerana gila,
ketiga; kerana sakit,
keempat; kerana gementar,
kelima; kerana menunjuk-nunjuk,
keenam; kerana mabuk, dan
ketujuh; kerana takutkan Allah.
Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja."

Sementara itu, adapun Ka'ab al-Ahbar RAH pula berkata,
"Demi Zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya, tangisanku kerana takutkan Allah sehingga air mata mengalir di pipi lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas sebesar bukit."

Abu Bakar as-Siddiq RAH pula berkata,
"Sesiapa yang mampu menangis, maka hendaklah dia menangis. Dan sesiapa yang tidak mampu menangis, maka hendaklah dia buat-buat menangis."

Rawan melanda tatkala teringatkan Qudrat-Nya yang melebihi segala. Bila diamati, bila diperhati, bila dinilai diri dan ciptaan-Nya, sungguh Maha Besar Dia Yang Menciptakan. Cukuplah dengan akal yang dianugerahkan memerhati tanda-tanda kebesaran, berpaksikan dalil-dalil naqlinya, lantas mampu membuahkan rasa syukur dan takut kita akan Allah, Tuhan Yang Satu.

Abu Sulaiman Darani RAH juga pernah berkata tentang takut terhadap Allah,
"Apabila perasaan takutkan Allah luput daripada mana-mana hati, maka hati itu akan binasa."

Wal'iyadzubillah. Mohon dilindungi daripada hati sebegini.

Bersambung...

1 comments:

ibnjaafar on December 1, 2009 at 4:48 PM said...

Sadness, its a very beautiful feeling which only few people feels comfortable with it...

bkn senang nak rasa sedih kan?
we should smile once we feel sad... isnt it?

org yg sedih tu, cara pikiran dia lain.. :)
its too special and beautiful...
Sy suka org yg fikirannya unique...

do smile..

Post a Comment

 

Picisan ♥ Hidup Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template